Search
Close this search box.
Sehingga pukul 4.30 petang tadi, Sarawak United FC memaklumkan, tiket fizikal berbumbang Zon A dan Zon B yang dijual secara dalam talian sudah habis. Foto Sarawak United.

Tiket terbuka Sarawak United FC lawan JDT habis

ByElani Rosllan

KUCHING, 27 Julai : Stadium Negeri Petra Jaya malam ini dijangka kembali bergema dengan sorakan penyokong Sarawak.

Ini berikutan tiket perlawanan Liga Super membabitkan Sarawak United FC menentang pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT) laris bak ‘goreng pisang panas’.

Sehingga pukul 4.30 petang tadi, Sarawak United FC memaklumkan, tiket fizikal berbumbung Zon A dan Zon B yang dijual secara dalam talian sudah habis.

“Tiket bagi Zon B Terbuka pula akan mula dijual di stadium bermula jam 6 petang nanti,” kata kelab berkenaan menerusi hantaran di Facebook.

Baca > > > Sarawak United benam Melaka di kubu lawan, Kuching City tewaskan PDRM FC di Petra Jaya

Perlawanan akan berlangsung pada pukul 8.15 malam di Stadium Negeri Petra Jaya.

Dalam aksi pusingan pertama di Stadium Sultan Ibrahim, Gelang Patah, pasukan Harimau Selatan mencatatkan kemenangan besar 6 -0.

JDT kini menduduki tangga teratas setelah mengumpul 29 mata selepas mengharungi 11 perlawanan.

Sarawak United FC pula berada di tangga ke-10 dengan 10 mata selepas mencatatkan tiga kemenangan dan satu keputusan seri.

Perlawanan malam ini turut menjadi tumpuan selepas juara Liga Super sebanyak lapan kali itu mengesahkan Benjamin Mora tidak lagi membimbing pasukan itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan