Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak,Dr. Hazland Abang Hipni (dua,kiri) merasmikan 18th International Conference of Clean Energy (ICCE) 2022 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, hari ini. Foto Bernama.

Syarikat Australia bina kilang pemasangan kereta hidrogen di Sarawak

ByAdlina Rahman

KUCHING, 27 Julai : Sebuah syarikat dari Australia akan membina kilang pemasangan kereta hidrogen di negeri ini menerusi kerjasama dengan Kerajaan Sarawak.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar negeri, Dr. Hazland Abang Hipni berkata, perkembangan itu selaras dengan visi kerajaan negeri untuk memperluaskan penggunaan kenderaan elektrik yang menggunakan hidrogen sebagai sumber tenaganya.

Katanya, ini seterusnya akan menggalakkan rakyat menggunakan kereta hidrogren.

“Pembinaan kilang itu dijangka akan dilaksanakan dalam masa terdekat bagi membolehkan ianya dapat dijual pada harga mampu milik kepada rakyat berbanding jika membeli kereta elektronik yang diimport,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Berkenaan Tenaga Hijau 2022 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching di sini, hari ini.

Turut hadir adalah Naib Canselor (Kajian dan Inovasi) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Pengerusi ICCE 2022, Profesor Madya Dr Anwar Johari.

Mengulas lanjut, Dr. Hazland berkata, walaupun kadar penggunaan kereta di Sarawak termasuk di Kuching masih rendah berbanding negeri lain, namun langkah untuk membendung masalah perubahan iklim harus bermula sekarang.

Jelanya, setakat ini Sarawak telah mempunyai polisi ekonomi hijau dan dalam proses merangka polisi berkaitan perubahan iklim.

Beliau menambah, fokus kepada penggunaan kereta elektrik juga turut menggalakkan penggunaan tenaga hijau yang lebih lestari. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan