Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir pada Majlis Penangguhan Borneo Cultural Festival (BCF) 2022 di sini malam ini. Foto JaPEN.

Warisan di Sibu perlu dipertahankan untuk pacu sektor pelancongan – Abang Johari

SIBU, 23 Julai : Premier Sarawak berkata, bandar ini mempunyai warisan serta keistimewaan tersendiri yang perlu dipertahankan serta dijadikan ‘daya penarik’ untuk memacu sektor pelancongannya.

Menurut Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, ke arah memantapkan sektor pelancongan di sini, Sibu turut memerlukan pembangunan infrastruktur yang lebih baik dan aspek itu kini sedang diberi perhatian oleh Kerajaan Sarawak.

Ujar Abang Johari, beliau telah mengarahkan Timbalan Premier, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian untuk bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan bagi menjayakan Pelan Induk Pembangunan Semula Bukit Assek.

“Oleh itu pembangunan yang dirancang oleh Kementerian Pelancongan akan menghubungkan tempat-tempat bersejarah seperti Muzium Hospital Lau King Howe dan Dataran Tun Tuanku Bujang dengan hab-hab lain seperti tempat riadah di Taman Rimba Bukit Lima,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penangguhan Borneo Cultural Festival (BCF) 2022 di Dataran Tun Tuanku Bujang di sini malam ini.

Yang turut hadir, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Clarence Ting.

Terdahulu, ketibaan Premier Sarawak itu ke majlis itu dalam keadaan hujan lebat,  disambut dengan sorakan daripada pengendali gerai makan.

Menjelaskan lebih lanjut tentang visi kerajaan negeri untuk memajukan Sibu, Abang Johari berkata, beliau turut meninjau bentuk pembangunan yang dilaksanakan di negara – negara maju termasuk aspek kejuruteraan untuk membangunkan wilayah masing – masing.

“Oleh sebab itu semasa satu program di Sibu Jaya baru-baru ini, saya berkata berkemungkinan Sibu akan menjadi seperti Amsterdam, Belanda kerana kita perlu melihat bagaimana untuk menguruskan masalah banjir di Sibu. Ini adalah pendekatan baharu dan pelan induk untuk Sibu,” ujarnya.

Sementara itu, Abang Johari berkata, beliau sentiasa menghargai kepelbagaian bahasa yang digunakan di Sibu malahan perkara itu juga boleh menjadi aspek untuk menarik kehadiran lebih ramai pelancong.

“Negara seperti Kanada dan Amerika Syarikat juga memiliki komuniti Cina yang tinggal di sana, jadi apa lagi bagi negara Asia.

“Menerusi penguasaan bahasa Mandarin, kita akan dapat menarik lebih ramai pelancong China untuk datang ke Sarawak,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan