Search
Close this search box.
Penyanyi popular, Wany Hasrita menamatkan zaman bujangnya bersama pasangan pilihan, Mohd Al-Adib di Damansara Perdana semalam. Foto Instagram Wany Hasrita Fanclub.

Wany Hasrita bergelar isteri kepada Mohd. Al-Adib

KUCHING, 23 Julai : Penyanyi popular, Wany Hasrita menamatkan zaman bujangnya bersama pasangan pilihan, Mohd Al-Adib di Damansara Perdana dengan dua kali lafaz semalam.

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa artis itu, Hasbullah Hassan dengan disaksikan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Qariah Masjid Al Mukarramah Daerah Petaling, Mat Syaharuddin Al Rasyid Mat Isa.

Wany Hasrita atau nama sebenarnya, Nurshazwany Hasrita, 30, menerima sebentuk cincin berlian sebagai mas kahwinnya namun wang hantaran dirahsiakan.

Difahamkan, Mohd. Al Adib bekerja dalam industri penerbangan yang berpangkalan di Kuching, Sarawak.

Sebelum majlis, penyanyi yang popular dengan lagu Menahan Rindu itu sempat berkongsi mengenai berita itu menerusi media sosialnya dan meminta doa daripada para peminatnya.

Wany yang pernah dipilih sebagai Artis Paling Popular pada satu majlis anugerah hiburan beberapa tahun lalu turut mendedahkan dia mengenali suaminya sejak 12 tahun lepas dan bertunang pada 26 Februari lalu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan