Search
Close this search box.
Pengarah DBP Sarawak Abang Haliman Abang Julai berkata perhimpunan berkenaan perlu dijadikan platform bagi penulis lama dan baharu menimba ilmu bagi menghasilkan karya yang sarat dengan mesej untuk dijadikan panduan kepada masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Foto: Facebook DBP.

PEKASA mahu lebih ramai penulis wanita Sarawak

KUCHING, 23 Julai : Persatuan Karyawan Sastera Sarawak (PEKASA) berharap penglibatan kaum wanita di negeri ini dalam bidang penulisan akan dapat ditingkatkan lagi.

Presiden PEKASA Mohidin Malek berkata melihat kepada trend penurunan jumlah penulis wanita Sarawak kini, beliau berharap lebih banyak sesi perjumpaan bersama karyawan sastera Sarawak diadakan bagi membincangkan serta sekali gus menangani isu itu.

“PEKASA mengambil pendekatan untuk mewujudkan kembali semangat pengkaryaan dalam kalangan penulis wanita bagi menyeimbangi dari segi jantina, penglibatan penulis di Sarawak,” katanya ketika berucap dalam Perhimpunan Karyawan Sarawak (PKS) ke-11 2022 di Balai Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini hari ini. 

Beliau menjelaskan Bumi Kenyalang telah melahirkan ramai penulis wanita berkaliber antaranya Datuk Salbiah Painah, Hajijah Jais, Latifah Shebli dan Bibi Sabariah.

Bertemakan ‘Pemerkasaan Penulis Wanita Sarawak’,  perhimpunan hari ini merupakan hasil kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak, Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia dan DBP Sarawak. 

Sementara itu Pengarah DBP Sarawak Abang Haliman Abang Julai berkata perhimpunan berkenaan perlu dijadikan platform bagi penulis lama dan baharu menimba ilmu bagi menghasilkan karya yang sarat dengan mesej untuk dijadikan panduan kepada masyarakat berbilang kaum di Malaysia. 

“Kita juga mahu mengangkat penulis wanita Sarawak ini kerana peranan mereka cukup penting. Kita takut mereka berasa seperti tersisih, oleh itu kita usahakan untuk adakan program merangkumi penulis lelaki, wanita dan muda supaya mereka terus dapat berkarya,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan