Search
Close this search box.
Dua rakyat Malaysia bersama warga China ditahan pihak berkuasa Indonesia kerana disyaki merakam foto kemudahan milik Tentera Nasional Indonesia (TNI). Foto: Perhubungan Awam TNI.

Dua rakyat Malaysia ditahan rakam gambar ‘dedahkan’ fasiliti Tentera Indonesia

ByTVS

JAKARTA, 23 Julai : Dua lelaki rakyat Malaysia dan seorang warga China ditahan oleh Tentera Nasional Indonesia (TNI) di Ambalat kerana dipercayai merakam fasiliti tentera di situ tanpa kebenaran.

Dua rakyat Malaysia itu masing – masing berusia 39 dan 40 tahun manakala rakyat China berusia 45 tahun.

Ketiga – tiganya kemudian diserahkan kepada Pejabat Imigresen Nunukan.

Komander Unit Marin Ambalat, Mar Andreas berkata, sebelum ditahan, mereka bertiga dikesan berada di Sebatik pada Khamis lepas.

“Mereka kemudian melawat kawasan sempadan Aji Kuning 3 dan pos rentas sempadan, Nyamuk Sei.

“Ketika melintasi Pos Marin, mereka diperiksa oleh pegawai Marin dan pada salah satu telefon bimbit mereka itu ditemui gambar yang dianggap sebagai mendedahkan maklumat mengenai kemudahan TNI,” katanya pada sidang media hari ini.

Sementara itu, Ketua Pejabat Imigresen Nunukan, Washington Saut Dompak berkata, pemeriksaan mendapati lelaki China menggunakan Visa Semasa Ketibaan (VOA) manakala dua warganegara Malaysia tidak memiliki visa lpelancong.

Kesemua tahanan itu kini ditempatkan di Depo Imigresen Nunukan selama 30 hari untuk siasatan lanjut.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan