Search
Close this search box.
Perasaan cinta yang mendalam terhadap bahasa Iban serta mahu berkongsi keindahannya dengan masyarakat luar mendorong dua gadis ini mengorak langkah menterjemah penulisan bahasa nenek moyang mereka ke bahasa Inggeris. Foto TVS.

Cintakan bahasa, Natasha dan Felicia terjemah buku Iban ke bahasa Inggeris

KUCHING, 23 Julai : Perasaan cinta yang mendalam terhadap bahasa Iban serta mahu berkongsi keindahannya dengan masyarakat luar mendorong dua gadis ini mengorak langkah menterjemah penulisan bahasa nenek moyang mereka itu ke bahasa Inggeris.

Bagi melancarkan kerja terjemahan, Natasha Binya Nanta dan Felicia Bateman menubuhkan syarikat Nama Berita.

Ujar mereka, syarikat itu turut menumpukan bidang ilustrasi selain kerja – kerja terjemahan buku.

Natasha berkata, usaha berkenaan dilaksanakan bagi membantu orang ramai mempelajari bahasa Iban dengan betul selain mahu anak muda mengenali penulisan asal dalam bahasa itu.

“Bagaimanapun, tidak dinafikan kami juga berdepan cabaran terutamanya untuk menyusun ejaan bahasa Iban ketika proses terjemahan.

“Kadang kala kami terpaksa meminta bantuan nenek,” kata Natasha kepada TVS di sini hari ini.

Natasha dan Felicia merupakan antara peserta yang menyertai Borneo Ilustration & Creative Festival (BIC) yang berlangsung mulai hari ini hingga 31 Julai depan di Pustaka Negeri Sarawak, Petra Jaya.

Berkongsi lanjut mengenai usaha itu, Natasha berkata, setiap cabaran yang ditempuhi sepanjang melaksanakan kerja terjemahan telah mengajar mereka bahawa pentingnya penguasaan bahasa bangsa.

“Ini bagi mengekalkan identiti dan terus diwariskan kepada generasi yang akan datang,”katanya.

Sementara itu Pengurus Festival BIC, Nia Latif berkata, usaha mengetengahkan bakat ilustrasi dan kreatif di kalangan belia di Sarawak perlu terus diperhebatkan oleh pelbagai pemain industri tidak kira sektor awam atau swasta.

Katanya, melalui penganjuran festival itu, bakat anak muda dapat diketengahkan agar boleh dilihat oleh pemain industri dan juga kerajaan.

“Seterusnya ini akan membantu mereka berkembang dalam bidang ini.

“Bukan itu sahaja, penglibatan golongan belia dalam bidang ini penting agar seni budaya yang ada di Sarawak terus dapat dipelihara,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found