Search
Close this search box.
IOI City Mall sedia menjadi pusat beli-belah terbesar di Malaysia dengan pembukaan Fasa Keduanya pada 25 Ogos ini. Foto IOI City Mall.

Berkeluasan 2.5 juta kaki persegi, IOI City Mall bakal jadi pusat beli belah terbesar Malaysia

KUALA LUMPUR, 23 Julai : IOI City Mall sedia menjadi pusat beli-belah terbesar di Malaysia dengan pembukaan Fasa Keduanya pada 25 Ogos ini yang mempunyai lebih 700 ruang runcit  secara keseluruhan.

Dengan kedudukan strategiknya di IOI Resort City, ia menikmati potensi tumpuan 3.1 juta pengguna dari  perbandaran berhampiran di selatan Lembah Klang, iaitu Putrajaya, Cyberjaya, Kajang, Bangi, Sepang, Puchong dan Seri Kembangan.

Dengan pembukaan Fasa 2, IOI City Mall akan mempunyai secara keseluruhan 14 penyewa utama dan lebih daripada 200 kafe dan restoran untuk dinikmati pencinta gastronomi.

Ketua Pegawai Eksekutif (IOIPG) Datuk Voon Tin Yow dalam satu kenyataan hari ini berkata IOI City Mall sedia menjadi pusat beli-belah terbesar di Malaysia dengan tambahan satu juta kaki persegi kawasan boleh disewa bersih (NLA), menjadikan jumlah NLA IOI City Mall kepada 2.5 juta kaki persegi.

“Selain peruncitan, pusat beli-belah ini menyediakan IOI City Farm, ruang seluas 18,000 kaki persegi yang menyediakan aktiviti mesra keluarga untuk mempelajari tumbuhan dan haiwan,” katanya.

Pameran didik hibur yang baharu itu terdiri tiga zon iaitu Zon Tumbuhan, Zon Haiwan dan Zon Akuatik untuk pengunjung memerhati dan berinteraksi dengan lebih daripada 70 spesies tumbuhan, haiwan kecil dan comel serta ikan.

Pusat beli-belah itu akan mengetengahkan “IOI Grand Exhibition and Convention Centre”, sebuah dewan berkeluasan 40,000 kaki persegi dengan kemudahan terkini yang boleh menampung 2,000 jemputan jamuan perkahwinan dan kira-kira 3,000 perwakilan untuk persidangan selain daripada pusat sukan di atas bumbung dengan 15 gelanggang badminton dan dua arena futsal.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan