Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis berjaya merampas ganja seberat 300 kilogram (kg) menerusi operasi khas yang dilancarkan di Taman Impian, Bukit Mertajam, di sini , pada Sabtu lepas. Foto TVS.

Polis rampas ganja 300 kg dibawa dari Perlis ke Pulau Pinang

BUKIT MERTAJAM, 21 Julai : Polis berjaya merampas ganja seberat 300 kilogram (kg) selepas menyerbu sebuah rumah di Taman Impian, dekat sini, Sabtu lepas.

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata, sebelum rampasan itu, pihaknya mengintip pergerakan satu sindiket pengedaran dadah sejauh kira-kira 150 kilometer (km) dari Perlis ke Bukit Mertajam.

Katanya dalam serbuan kira  – kira pukul 9 malam itu, sepasang kekasih iaitu lelaki warga tempatan berusia 41 tahun dan wanita warga Indonesia berusia 37 tahun turut ditahan.

“Kejayaan ini merupakan hasil kerjasama pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, IPK Perlis dan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

“Polis bertindak selepas menerima maklumat berhubung aktiviti pengedaran ganja yang dipercayai diseludup dari negara jiran melalui jalan laut,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT) di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Polis Daerah SPT, Asisten Komisioner (ACP) Tan Cheng San.

Surina berkata, ketulan ganja bernilai RM750,000 itu disembunyikan di kawasan rumah dan dipercayai untuk diedarkan di Lembah Klang dan rumah sewa itu menjadi tempat transit.

Katanya, kedua -dua suspek negatif ujian saringan air kencing dan direman selama seminggu bagi siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam perkembangan berbeza, Surina berkata, polis Perlis berjaya membuat 16 tangkapan dan merampas 364 kg ganja yang diseludup masuk ke negeri itu sepanjang sejak Januari hingga Jun tahun ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan