Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis sedang mengesan remaja perempuan dikenali sebagai Norshahira Razali, 19, yang dilaporkan hilang di Kanthan Baru, Ipoh.

Di mana Norshahira, hilang sejak Jumaat lepas

IPOH, 20 Julai : Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun dilaporkan hilang selepas dihantar bapanya ke tempat kerja di sebuah kilang pengeluar barangan berasaskan getah di Kawasan Perindustrian Kanthan, Chemor, dekat sini, sejak Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan, berkata kehilangan Norshahira Razali telah dilaporkan oleh bapanya pada Sabtu lalu di Balai Polis Kanthan Baru.

Katanya, gadis tersebut tinggal bersama keluarga di Taman Lintang, Sungai Siput, dekat sini.

“Remaja berkenaan telah dihantar ke tempat kerja oleh bapanya sekitar jam 7.30 pagi dan dikatakan telah keluar dari kilang berkenaan kira-kira 10 minit kemudian dan sehingga kini, masih gagal dikesan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Yahaya berkata gadis itu,  berketinggian kira-kira 152 sentimeter (cm) , berkulit cerah dan berbadan kurus, kali terakhir dilihat memakai baju kerja kilangnya berwarna putih.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Penolong Ketua Polis Balai Khantan Baru, Sarjan Mohd Nazari Abdul Rahman di talian 05-2012422 bagi membantu siasatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan