Search
Close this search box.
Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini atas tuduhan membunuh ibu kandungnya pada 5 Julai lepas.

Penganggur didakwa bunuh ibu kandung

ByBernama

MELAKA, 19 Julai : Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini atas tuduhan membunuh ibu kandungnya pada 5 Julai lepas.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan dan tertuduh Amirul Hakim Abu, 38, sekadar mengangguk faham apabila pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mazana Sinin.

Mengikut pertuduhan Amirul Hakim didapati telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian ke atas Rozizah Md Dom, 64, di sebuah rumah di Batu 9 1/2 Kampung Paya Luboh Tangga Batu, Melaka Tengah antara 2.30 petang dan 3 petang, 5 Julai lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika didapati bersalah boleh dihukum mati.

Sementara itu, dalam prosiding yang sama Amirul Hakim mengaku bersalah bagi pertuduhan mengambil dadah jenis methamphetamin di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Dadah Melaka Tengah pada 6 Julai lepas sekitar 1.35 pagi.  

Dia yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah akta sama dan dibaca bersama Seksyen 38B Akta yang sama.

Jika didapati bersalah, tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dikenakan hukuman penjara selama tempoh yang tidak lebih daripada dua tahun dan menjalani pengawasan oleh pegawai sebagaimana ditakrifkan di bawah Seksyen 2 Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 bagi tempoh tidak kurang dua tahun dan tidak lebih tiga tahun.

Mazana tidak  tidak membenarkan sebarang jaminan dan menetapkan 30 Ogos ini bagi sebutan semula kedua-dua kes sementara menunggu laporan kimia dan bedah siasat serta serahan dokumen.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Yusof.

Media sebelum ini melaporkan mangsa yang juga seorang pesara guru disahkan meninggal dunia di kediamannya selepas ditikam di bahagian leher oleh penganggur itu yang juga merupakan anak sulung daripada lima beradik.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan