Search
Close this search box.
Seorang lelaki ditahan polis di Sandakan, Sabah kerana disyaki melanggar kereta bekas tunangnya pada Jumaat lepas.

Lelaki ditahan sengaja langgar kereta bekas tunang

SANDAKAN, 16 Julai : Seorang lelaki ditahan polis kerana disyaki melanggar kereta milik bekas tunangnya di Bandar Indah di sini pada petang Jumaat.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, terdahulu tular video berdurasi 30 saat di media sosial yang menunjukkan sebuah kereta yang dipandu dengan sengaja melanggar kereta lain yang diparkir.

Katanya, mangsa yang juga pemilik kereta dilanggar telah membuat laporan di Balai Polis Bandar Sandakan.

Menurutnya, hasil siasatan polis mendapati kejadian itu berlaku lebih kurang pukul 2 petang di tempat letak kenderaan berhadapan sebuah pejabat di Bandar Indah.

“Suspek yang memandu Perodua Viva merupakan bekas tunang kepada mangsa didapati dengan sengaja melanggar kereta mangsa. Ketika kejadian, mangsa tidak berada dalam kereta.

“Motif sebenar kejadian dipercayai kerana suspek tidak berpuas hati dengan mangsa berikutan perhubungan pertunangan mereka yang telah putus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Abdul Fuad, suspek yang berusia 20-an ditahan pada pukul 11.15 malam hari yang sama.

Katanya, suspek kini ditahan reman untuk siasatan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan