Search
Close this search box.
30 anggota APM Betong terima anugerah bintang dan pingat sempena HUTPA-70
APM Sarawak merancang untuk menubuhkan 10 pusat operasi baharu untuk meningkat perkhidmatan kecemasan dan kemanusiaan.

APM Sarawak rancang tambah 10 pusat operasi baharu

SIBU, 16 Julai : Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sarawak dalam proses untuk menubuhkan 10 buah Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) baharu di negeri ini bagi meningkatkan keberkesanan perkhidmatan kecemasan dan bantuan kemanusiaan.

Pengarah APM Sarawak, Abdul Wahab Rahim berkata, penambahan itu kelak mampu memperkasakan peranan agensinya secara lebih menyeluruh bagi memenuhi keperluan penugasan yang semakin berkembang masa kini.

Katanya, purata kes harian yang diterima pihak APM Sarawak yang melebihi 100 kes juga turut mempengaruhi cadangan pembukaan PKOD baharu .

“Kita berharap agar semua PKOD baharu ini akan dapat beroperasi selewat-lewatnya menjelang Disember tahun ini,” katanya ketika ditemui selepas majlis makan malam penghargaan kepada petugasnya di sini semalam.

Ujarnya, apabila semua proses berjalan lancar, kewujudan PKOD baharu itu mampu memastikan bahawa tempoh respons APM akan menjadi semakin singkat dan tahap kesiapsiagaan anggota lebih teratur.

Katanya, antara daerah yang akan mempunyai pusat operasi baharu itu termasuk termasuk Saratok, Mabong, Lubok Antu, Kanowit, Selangau, Tanjung Manis, Dalat dan tiga daerah lagi.

“Untuk itu, kita akan meletakkan anggota APM di lokasi baharu serta kelengkapan yang berpatutan bagi digunakan untuk melaksanakan perkhidmatan mereka,” jelasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan