Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Wanita yang ditahan selepas dipercayai memukul suaminya hingga mati di Flat Nipah, Taman Daya, di sini pagi tadi, didapati berada di bawah pengaruh dadah. Foto: Bernama.

Wanita disyaki bunuh suami didapati positif dadah

ByBernama

JOHOR BAHRU, 15 Julai : Wanita yang ditahan selepas dipercayai memukul suaminya hingga mati di Flat Nipah, Taman Daya, di sini pagi tadi, didapati berada di bawah pengaruh dadah.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata hasil ujian saringan ke atas wanita berusia 36 tahun itu mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

Baca > > > Lelaki ditemukan mati, dipercayai dipukul isteri di Taman Daya

“Wanita itu juga mempunyai tiga rekod lampau iaitu dua kes berkaitan dadah dan satu kes berkaitan jenayah (mendatangkan cedera).

“Hasil siasatan mendapati motif pembunuhan dipercayai wanita itu berada di bawah pengaruh dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Raub berkata pihaknya sedang mengesan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kes itu untuk membantu siasatan.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Bagi kes positif dadah pula, wanita itu disiasat mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Raub turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian supaya menghubungi talian hotline Ibu Pejabat Daerah Johor Bahru Selatan di 07-2182 323 atau pegawai penyiasat ASP Kong Hock Peng di 019-7308 888.

Dalam kejadian 7.50 pagi tadi, mangsa yang berusia 44 tahun ditemukan maut dengan muka dan kepala mengalami kecederaan, dipercayai diserang menggunakan objek tumpul.

Lebih sejam kemudian, polis menahan seorang wanita berusia 36 tahun dipercayai isteri kepada mangsa berhampiran kawasan kejadian. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan