Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ditawan scammer
Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, pada bulan lepas, mangsa berusia 38 tahun itu 'berkenalan' dengan suspek melalui Facebook dan tertarik dengan skim pinjaman yang ditawarkan.

Penjual ikan rugi RM69,700 ditipu ‘pegawai bank’ dalam talian

SIBU, 15 Julai: Seorang penjual ikan di bandar ini berputih mata apabila kerugian RM69,700 selepas diperdaya scammer dalam talian yang menyamar sebagai pegawai bank.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, pada bulan lepas, mangsa berusia 38 tahun itu ‘berkenalan’ dengan suspek melalui Facebook dan tertarik dengan skim pinjaman yang ditawarkan.

Katanya, lelaki itu yang ‘berhajat’ untuk membuat pinjaman berjumlah RM60,000 kemudiannya telah melakukan sebanyak 13 transaksi pembayaran secara dalam talian dan melalui mesin deposit tunai.

“Jumlah keseluruhannya pembayaran yang dibuat mangsa ke lapan akaun bank sejak 22 Jun hingga 8 Julai berjumlah RM69,700.

“Mangsa membuat bayaran berkenaan bagi memenuhi proses pinjaman termasuk dokumen perbankan, pendaftaran, yuran dan bayaran cukai bagi kelulusan segera seperti dinasihatkan oleh suspek,”katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Zulkipli berkata, mangsa dijanjikan pulangan semula wang berkenaan setelah mendapat kelulusan pinjaman namun perkara itu tidak berlaku.

Ujarnya, mangsa berasa curiga dan mengesyaki telah ditipu selepas gagal menghubungi ‘ejen pinjaman’ itu dan tampil membuat laporan di Balai Polis Sungai Merah semalam.

“Sehubungan itu, saya ingin mengingatkan orang ramai agar membuat semakan mengenai kesahihan perkhidmatan pinjaman dalam talian dengan pihak bank bagi menggelakkan diri ditipu,” tegasnya.

Beliau memberitahu, orang ramai boleh menghubungi talian 03-26101559 dan 03-26101599 atau memuat naik aplikasi semak http://semakmule.rmp.gov.my atau ikuti laman Facebook CyberCrimeAlertRMP untuk mendapatkan maklumat lanjut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan