Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak, Jaafar Jantan mengadakan kunjung hormat bertemu Premier Sarawak,Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sini hari ini.

Jabatan Penerangan Malaysia harap hubungan erat dengan Kerajaan Sarawak terus terjalin

KUCHING, 15 Julai : Kerjasama erat yang terjalin antara Kerajaan Sarawak dan Jabatan Penerangan Malaysia diharap dapat diteruskan untuk manfaaat pelbagai pihak.

Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak, Jaafar Jantan berkata, ini kerana hubungan baik berkenaan juga dapat membantu Kerajaan Sarawak untuk menyebarkan maklumat mengenai pelbagai dasar yang dilaksanakan di negeri ini.

Katanya, Jabatan Penerangan Malaysia di negeri ini juga mahu ‘memasarkan’ maklumat berkaitan dengan dasar di bawah kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan juga di peringkat nasional iaitu konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri,Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Jabatan Penerangan Malaysia di Sarawak merupakan jentera komunikasi yang menghubungkan rakyat dengan kerajaan.

“Ini termasuklah dalam aspek komunikasi bersemuka dengan rakyat menerusi program-program di peringkat komuniti,”katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat bertemu Abang Johari di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini.

Menerusi pertemuan berkenaan, Jaafar berkata, beliau turut berkongsi mengenai hala tuju aktiviti Jabatan Penerangan Malaysia terutama berkaitan dengan sambutan Hari Kebangsaan dan Program Kibar Jalur Gemilang yang bakal berlangsung. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan