Pasukan khas tangani isu tuntutan waris Kesultanan Sulu ditubuhkan

PUTRAJAYA, 15 Julai : Jemaah Menteri semalam telah bersetuju menubuhkan pasukan khas untuk meneliti, memantau serta merangka tindakan berlunaskan undang-undang sewajarnya, bagi menangani isu tuntutan waris Sultan Jamalul Kiram II (Sultan Sulu) terhadap kerajaan Malaysia.