Search
Close this search box.
Dua motosikal berkuasa besar yang ditunggang tanpa lesen oleh pemiliknya di Pulau Pinang malam tadi.

‘Mat motor besar’ tunggang tanpa lesen kena tahan JPJ

PRAI, 14 Julai : Tindakan dua lelaki menunggang motosikal berkuasa besar tanpa mempunyai lesen mengundang padah apabila mereka ditahan oleh anggota penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang di sini, malam tadi.

Lelaki berusia 20-an dan 30-an itu turut disaman menerusi Op Khas Hari Raya Aidiladha 2022 kira-kira pukul 8 malam.

Pengarah JPJ Pulau Pinang, Adenan Md. Isa berkata, salah seorang penunggang memberitahu dia menunggang motosikal dari Kuala Ketil, Kedah untuk ke tempat kerja di negeri ini.

“Penunggang berusia 30-an pula datang dari Sungai Petani, Kedah untuk membawa isterinya menikmati juadah makanan.

“Mereka bukan sahaja tiada lesen kelas B bagi mengendalikan motosikal berkuasa tinggi bahkan tiada lesen kelas B2 dan D yang menunjukkan mereka tidak kisah kepada undang-undang,” katanya kepada pemberita semalam.

Adenan berkata, sepanjang operasi selama empat hari itu, sebanyak 1,005 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan 4,902 kenderaan diperiksa.

Operasi berkenaan turut disertai Polis Diraja Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Alam Sekitar dan pihak Lebuhraya Utara-Selatan. –TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan