Search
Close this search box.
Pekerja ladang sawit
Malaysia menerima tamparan hebat dalam usahanya untuk memacu kembali ekonominya yang terjejas akibat pandemik COVID-19 apabila Indonesia mengambil keputusan untuk menghentikan sementara penghantaran pekerja ke Malaysia, berkuatkuasa pada Rabu.

Indonesia beku sementara penghantaran pekerja asing ke Malaysia

ByElani Rosllan

KUCHING, 14 Julai : Malaysia menerima tamparan hebat dalam usahanya untuk memacu kembali ekonominya yang terjejas akibat pandemik COVID-19 apabila Indonesia mengambil keputusan untuk menghentikan sementara penghantaran pekerja ke Malaysia, berkuatkuasa pada Rabu.

Memetik laporan dari Reuters, Duta Indonesia ke Malaysia, Hermono berkata, pembekuan tersebut dikenakan selepas pihak berkuasa imigresen Malaysia meneruskan penggunaan sistem pengambilan pekerja dalam talian bagi tenaga kerja domestik yang telah dikaitkan dengan dakwaan pemerdagangan manusia dan buruh paksa.

Tindakan Malaysia ini didakwa telah melanggar syarat perjanjian yang telah ditandatangani antara Malaysia dan Indonesia pada April lepas, yang antara lain bertujuan untuk melindungi hak pekerja domestik dari Indonesia.

Mengikut perjanjian itu, pengambilan pekerja dari Indonesia hanya boleh dilakukan melalui Sistem Satu Saluran (OCS) sementara Malaysia masih lagi kekal menggunakan Sistem Pembantu Rumah Dalam Talian (SMO) yang didakwa Indonesia bercanggah dengan MOU yang telah dipersetujui bersama.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Saravanan mengesahkan telah menerima surat pemakluman rasmi mengenai langkah pembekuan itu dari pihak berkuasa Indonesia.

“Pihak kami akan berbincang mengenai perkara ini dengan Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen,” jelas Saravanan kepada Reuters.

Dalam satu kenyataan rasmi, Presiden Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) Dr Syed Hussain Syed Husman mengatakan tindakan Indonesia itu berisiko tinggi buat Malaysia.

“Indonesia adalah sumber pekerja asing yang penting kerana negera itu menyumbang kira-kira 35 peratus pekerja asing dan 70 peratus bekalan pekerja domestik Indonesia di Malaysia.

“Usaha untuk menstabilkan ekonomi ke tahap sebelum pandemik semestinya akan terjejas dengan penggantungan bekalan pekerja asing dari Indonesia,” katanya

Keputusan terbaru Indonesia ini pastinya satu kejutan buat Malaysia kerana dalam usaha untuk memulihkan kembali ekonomi, kekurangan tenaga kerja pastinya akan memberikan kesan langsung dan merencatkan momentum pemulihan ekonomi negara. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan