Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua remaja maut selepas tercampak keluar dari kereta yang mereka naiki selepas kenderaan itu hilang kawalan dan terbabas berhampiran Stadium Sultan Ibrahim, Gelang Patah, di sini, tengah malam tadi. Foto media sosial.

Dua remaja maut tercampak keluar dari kereta

ISKANDAR PUTERI, 12 Julai : Dua remaja maut selepas tercampak keluar dari kereta yang mereka naiki selepas kenderaan itu hilang kawalan dan terbabas berhampiran Stadium Sultan Ibrahim, Gelang Patah, di sini, tengah malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Khairi Zainuddin berkata mangsa lelaki yang terkorban dikenali sebagai Lee Kah Lok, 19, ditemukan tersepit di bahagian bawah kereta manakala remaja perempuan, Ng Kui Ying, 15, ditemukan bersebelahan kenderaan.

“Kedua-duanya disahkan maut di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kereta jenis Honda Civic EJ itu dipercayai berpusing mengakibatkan pemandu lelaki dan remaja perempuan itu tercampak keluar dari kenderaan.

Beliau berkata pihak bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan menyelamat ‘air lifting bag’ sebelum menyerahkan mayat mangsa kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Mohd Khairi berkata Pusat Gerakan Operasi negeri menerima panggilan kecemasan kira-kira 12.23 tengah malam dan sebuah jentera dari BBP Iskandar Puteri dengan lapan anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

Operasi tamat sepenuhnya pada 1.37 pagi, katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan