Search
Close this search box.
MBPP meneruskan kesinambungan misi bantuan bekalan air kepada penduduk di sekitar kawasan Daerah Barat Daya dan Daerah Timur laut. Foto: MBPP

Sembilan lokasi di Pulau Pinang masih alami gangguan bekalan air

ByBernama

GEORGE TOWN, 10 Julai : Sembilan lokasi di Pulau Pinang masih mengalami gangguan bekalan air susulan penutupan sementara operasi Loji Rawatan Air (LRA) di Sungai Dua pada Rabu lepas akibat banjir dan fenomena kepala air di Baling, Kedah.

Kenyataan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) memaklumkan bekalan air di kebanyakan kawasan di negeri itu telah berjaya dipulihkan namun sembilan lokasi iaitu lapan di daerah Barat Daya dan satu di daerah Seberang Perai Selatan masih terganggu setakat 6 petang tadi.

“PBAPP masih lagi berusaha tanpa henti untuk memastikan bekalan air dapat dipulihkan ke kawasan yang mengalami gangguan bekalan sejak Rabu lepas,” menurut kenyataan itu yang dimuat naik di laman Facebook rasmi PBAPP hari ini.

https://www.facebook.com/PBAPenang/posts/10159718115555617

 

Pada Rabu lepas, operasi LRA di Sungai Dua terpaksa dihentikan selama empat jam berikutan kadar kekeruhan air mentah yang tinggi susulan insiden banjir dan fenomena kepala air di Baling.

Menurut PBAPP, bagi mengurangkan kesulitan pengguna yang terjejas, bekalan air bersih akan diagih menggunakan lori tangki perbadanan itu, Pertubuhan Bomba Sukarela, Majlis Bandaraya Seberang Perai dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

“PBAPP turut mengagihkan bantuan air minum berbotol melalui Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri di kawasan yang terjejas di daerah Barat Daya dan Seberang Perai Selatan. Bagaimanapun, keutamaan diberikan kepada hospital, pusat dialisis dan kecemasan lain seperti urusan jenazah,” katanya.

Lokasi yang masih terjejas ialah Relau, Persiaran Kelicap, Jalan Kenari, Kampung Matahari Naik, Puspakom, Batu Hitam, Casia Sunway dan Permatang Damar Laut di daerah Barat Daya manakala daerah Seberang Perai Selatan melibatkan lokasi di Kompleks Penjara. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan