Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lembaga Air Kuching mensasarkan peningkatan kapasiti liter air sehari (mld). Foto hiasan, Envato.

Gangguan bekalan air di Sarikei 13 hingga 14 Julai

ByNurul Amarlina

KUCHING, 8 Julai : Beberapa kawasan di Sarikei dijangka akan mengalami gangguan bekalan air selama dua hari bermula 13 Julai ini.

Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (JBALB) memaklumkan, perkara ini berpunca daripada kerja – kerja penyambungan paip baharu oleh pihak Kontraktor Pan Borneo.

Kawasan-kawasan yang terlibat termasuklah Jalan KJD Meradong, Skim B, Pakan, sepanjang Jalan Bulat dari Sungai Rusa sehingga Sungai Joh, Kesa Baron, Kesa, Jalan Onn Dian, Sungai Garan, Jalan Friendship, Jalan Cola dan Simpang Pakan.

Turut dijangka terjejas dengan kerja penyambungan berkenaan ialah Pekan Bintangor, Sg. Sian, Selidap, Bukit Papit dan Lebaan yang dijangka akan mengalami tekanan air rendah.

“Kami ingin menasihati para pengguna untuk menyimpan bekalan air yang secukupnya bagi keperluan harian sepanjang tempoh gangguan tersebut,” jelas JBALB dalam kenyataan semalam.

Penghantaran bekalan air akan turut disediakan oleh pihak JBALB Bahagian Sarikei dan pihak kontraktor ke kawasan-kawasan yang terjejas.

Pengguna boleh menghubungi JBALB Call Centre di talian 082- 262211 untuk mendapatkan maklumat terkini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan