Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Terdapat tiga kategori sekolah daif di Sarawak, kata Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Roland Sagah Wee Inn sambil menambah kategori tersebut ialah DS1, DS2, dan DS3.
Kerja-kerja pembinaan Pusat Penyelidikan Penyakit Berjangkit Sarawak telah bermula di sini dan dijangka siap pada 2024.

Projek Pusat Penyelidikan Penyakit Berjangkit Sarawak dijangka siap 2024

ByBernama

KOTA SAMARAHAN, 6 Julai : Kerja-kerja pembinaan Pusat Penyelidikan Penyakit Berjangkit Sarawak telah bermula di sini dan dijangka siap pada 2024.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Roland Sagah Wee Inn berkata projek bernilai RM200 juta itu dilaksanakan di tapak seluas kira-kira 16 hektar bersebelahan Pusat Jantung Sarawak di sini dan kerja-kerja penyediaan tapak sahaja membabitkan kos RM4 juta.

“Ia turut melibatkan penyediaan sebuah kawasan keselamatan dan padang besar bagi membina hospital lapangan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan tapak tanah projek itu hari ini.

Menurutnya, projek ilham Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg itu bertujuan untuk menjadi pusat menyelidik pelbagai penyakit seperti COVID-19, rabies, malaria, Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) dan tuberkulosis (TB).

“Pusat ini nanti akan bekerjasama melakukan penyelidikan dengan Swiss Tropical Disease Research Centre di Switzerland dan Imperial College London,” kata Sagah dan menambah pusat tersebut akan memberi peluang kepada pakar perubatan tempatan menjalankan penyelidikan mereka.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan