Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mana-mana pemain industri perlu menilai bakat seseorang dengan lebih teliti.

Jangan sampai populariti media sosial mengaburi bakat – Bob Yusuf

ByAmirah Shawel

KUCHING, 6 Julai: Sebagai anak seni yang telah lama menceburi bidang nyanyian, Bob Yusuf menyedari kelebihan penggunaan media sosial dalam memulakan sesebuah kerjaya.

Bagaimanapun, baginya masyarakat dan syarikat rakaman tidak seharusnya bersikap berat sebelah dalam pencarian bakat baru dengan melihat jumlah pengikut di media sosial selain populariti dan paras rupa semata-mata.

Ini katanya akan memberikan kesan negatif terhadap kualiti industri seni dan kreatif di Malaysia.

Sebaliknya, penilaian dan penelitian terhadap bakat harus menjadi faktor utama dalam menilai kemampuan seseorang anak seni terutama sekali penyanyi.

“Keutamaan yang perlu diberikan adalah bakat yang dimiliki oleh individu berkenaan.

Di luar sana ada yang boleh menyanyi dengan lebih baik namun tidak menggunakan saluran media sosial untuk mengetengahkan bakat mereka, akhirnya tidak berjaya mencapai potensi nya yang sebenar” katanya.

Bob berkata demikian dalam temubual ketika hadir ke studio TVS untuk promosi projek kolaborasi terbarunya bersama TVS.

Baliau ingin menegaskan bahawa beliau sedar tentang kepentingan media sosial di zaman digital sekarang dan turut menasihati anak muda untuk menggunakan kemudahan teknologi digital yang ada dengan bijak untuk menyalurkan bakat masing-masing.

Beliau tidak menafikan bahawa perkembangan digitalisasi telah membantunya secara peribadi untuk mempromosikan karyanya.

“Zaman sekarang bukan setakat media sosial sahaja yang ada tetapi juga platform digital seperti Spotify, iTunes dan Joox.

Sebagai anak seni, kemudahan-kemudahan ini juga kata nya membantu dalam menyalurkan lagu, hasil seni dan maklumat aktiviti-aktiviti mereka dengan peminat.

“Ia sememangnya memudahkan urusan mempromosikan karya kepada khalayak ramai”, katanya.

Baru-baru ini Bob Yusuf telah berkesempatan untuk berduet dan berkongsi pentas bersama seorang lagi bakat penyanyi Sarawak, Datuk Seri Camelia menerusi lagu projek khas, Simfoni Tuanku ciptaan Sharnaz Saberi.

Mereka telah dijemput membuat persembahan di Majlis Santapan Diraja bersempena dengan Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang berlangsung pada 29 Jun lepas di Istana Negara -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan