Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) kini melaksanakan sesi temu duga secara maya seiring keperluan dan teknologi semasa dengan penyediaan infrastruktur terbaik.

SPA laksana temu duga secara maya

ByBernama

KANGAR, 4 Julai : Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) kini melaksanakan sesi temu duga secara maya seiring keperluan dan teknologi semasa dengan penyediaan infrastruktur terbaik.

Pengerusinya Tan Sri Zainal Rahim Seman berkata pelaksanaan temu duga secara dalam talian akan memberi lebih pilihan dan fleksibiliti kepada calon dan panel terlibat, di samping menjimatkan kos.

“Bukan itu sahaja, seiring dengan teknologi semasa, semua pusat temu duga SPA kecuali Sabah dan Sarawak akan dilengkapi dengan Sistem Pendaftaran Temu Duga (IREG) yang berfungsi sebagai sistem temu duga secara layan diri,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Pusat Temu Duga SPA di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini hari ini.

Zainal berkata sewaktu pandemik COVID-19 SPA juga telah menjalankan temu duga calon-calon bagi perkhidmatan awam secara maya dan kaedah itu mendapat maklum balas yang baik daripada masyarakat.

Menurutnya sejak 2021 sehingga Mei tahun ini, seramai 6,654 calon temu duga melibatkan pelbagai jawatan dan gred telah dilaksanakan di Perlis.

Beliau berkata sebelum ini, SPA juga telah menjalin kerjasama dengan beberapa agensi dan jabatan kerajaan di negeri ini bagi melaksanakan urusan temu duga di ruang premis pihak terlibat.

“SPA berharap agar penubuhan Pusat Temu Duga SPA Perlis ini akan memberi impak besar dalam melancarkan urusan temu duga kepada setiap calon di negeri ini,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan