Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Demi menuntut hak yang termaktub dalam MA63, Sarawak memerlukan 'sebanyak mungkin' kerusi Parlimen menerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang, kata Dr. Sim.

GPS perlu ramai ahli Parlimen untuk ‘lantangkan’ suara tuntut hak MA63

SIBU, 4 Julai : Demi menuntut hak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Sarawak memerlukan ‘sebanyak mungkin’ kerusi Parlimen menerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.

Naib Pengerusi GPS, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian berkata, sekiranya gabungan berkenaan menang banyak kerusi, maka negeri ini akan mempunyai suara yang ‘kuat’ di Parlimen untuk menuntut hak berkenaan.

Sehubungan itu katanya, antara kerusi Parlimen yang ‘perlu’ dimenangi GPS ialah Sibu dan Lanang walaupun tugas itu dilihat mencabar.

“Oleh itu saya menyeru agar penduduk Sibu bersatu padu dan menyokong GPS, ini bukan untuk Sibu malah untuk Sarawak secara amnya,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Angkat Sumpah SUPP Cawangan Dudong dan Bukit Assek semalam.

Mengulas lanjut berkenaan kepentingan untuk menang banyak kerusi Parlimen, Dr. Sim yang juga Timbalan Premier Sarawak berkata, beliau secara peribadi melihat ia merupakan langkah terakhir Sarawak mendapat haknya yang dijanjikan, seperti yang pernah dikatakan oleh bekas Ketua Menteri, Allahyarham Pehin Sri Dr Adenan Satem.

“Hak-hak Sarawak harus dikembalikan dan inilah peluang terakhir kita. Memberi mandat kepada GPS, hak – hak Sarawak dapat dikembalikan,”katanya.

Katanya, Sarawak ketika ini menikmati pembangunan yang pesat menerusi pimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Kita membantu rakyat dengan menunjukkan komitmen yang jelas, dua tahun negara dilanda pandemik, hidup susah dan kini berlarutan akibat konflik Rusia dan Ukraine,”katanya.

Ujar beliau, kemampuan kerajaan negeri di bawah GPS juga dapat dilihat menerusi bantuan berterusan disalurkan.

“Kerajaan Persekutuan memberikan kita RM8 bilion namun Abang Johari maklumkan kepada saya, pentadbiran negeri mahu berbincang untuk teruskan Bantuan Khas Sarawakku Sayang,”katanya.

Tegasnya hanya Sarawak yang mampu memberikan bantuan sedemikian kerana kerajaan negeri mempunyai pendapatan sendiri.

“Semua orang di negeri lain tengok saja. Kita beruntung kerana mempunyai pucuk pimpinan yang pandai menguruskan kewangan dan hebat sehingga mampu mendapatkan semula cukai jualan lima peratus,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan