Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak,Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Sarawak yakin capai sasaran 1.2 juta pelawat tahun ini – Abdul Karim

ByDouglas Elliot

KUCHING, 30 Jun : Sarawak yakin akan mencapai sasaran kemasukan 1.2 juta pelawat pada tahun ini disumbang penganjuran pelbagai acara menarik yang bakal berlangsung di negeri ini.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan negeri, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, data terkini kemasukan pelancong ke Sarawak sudah mencecah 439,150 orang sejak Januari hingga Mei lepas.

Katanya, ini menunjukkan peningkatan sebanyak 680 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Pada tahun lepas kita hanya menerima seramai 56,278 orang pelancong namun bilangan pada tahun ini menunjukkan peningkatan drastik,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan pelancaran Festival What About Kuching di sini hari ini.

Unjuran kemasukan pelancong ujar Abdul Karim mampu dicapai memandangkan pelbagai acara dalam kalendar pelancong negeri bakal dianjurkan termasuklah Larian Spartan Sarawak dan Regata Sarawak.

“Saya yakin bermula Jun hingga Disember, jumlah itu akan meningkat dan kita akan mencapai sasaran 1.2 juta pengunjung menjelang Disember,” katanya.

Jelas Karim lagi, pembukaan pintu sempadan Brunei pada Ogos juga akan menyumbang kepada peningkatan jumlah pelawat pada suku keempat 2022. 

Dianggarkan lebih 4,000 pelawat akan memasuki Sarawak melalui laluan berkenaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan