Search
Close this search box.
Angka kematian meningkat kepada 18 orang dalam satu kejadian rempuhan apabila lebih 2,000 pendatang sub-Sahara cuba menceroboh sempadan antara Maghribi dan Melilla, sebuah bandar enklaf Sepanyol di Afrika, lapor Xinhua, memetik Agensi Berita Maghribi MAP. --foto Reuters

18 terkorban dalam rempuhan di sempadan enklaf Sepanyol

ByBernama

RABAT (MAGHRIBI), 25 Jun : Angka kematian meningkat kepada 18 orang dalam satu kejadian rempuhan apabila lebih 2,000 pendatang sub-Sahara cuba menceroboh sempadan antara Maghribi dan Melilla, sebuah bandar enklaf Sepanyol di Afrika, lapor Xinhua, memetik Agensi Berita Maghribi MAP.

Menurut laporan awal lima pendatang maut dan 76 yang lain cedera manakala 140 pegawai keselamatan Maghribi turut cedera, termasuk lima dalam keadaan kritikal.

Pasukan keselamatan Maghribi “campur tangan” apabila pendatang cuba memanjat atau memotong pagar yang memisahkan bandar Sepanyol dari wilayah Maghribi, kata kenyataan itu.

Pihak berkuasa Sepanyol di enklaf itu berkata kebanyakan pendatang telah dipaksa pulang kecuali 130 daripada mereka berjaya sampai ke enklaf itu. –TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan