Search
Close this search box.
Proses pemisahan pertama dari roket pelancar Ariane-5 berlaku pada 6.19 pagi waktu Malaysia dan pemisahan kedua pada 6.34 pagi sebelum isyarat pertama diterima oleh bumi tujuh minit kemudian. Foto: Arianespace

Isyarat pertama MEASAT-3d berjaya diterima

ByBernama

KUALA LUMPUR, 23 Jun : Tepat 6.41 pagi waktu Malaysia, isyarat telemetri pertama daripada MEASAT-3d diterima, sekali gus menandakan pelancaran satelit itu berjaya sepenuhnya.

Detik bersejarah itu diumumkan di Dewan Merdeka, Aras 4, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini yang menjadi venue siaran langsung pelancaran satelit MEASAT-3d dari Pusat Angkasa Lepas Eropah Kourou, French Guiana, Amerika Selatan pada 5.50 pagi waktu Malaysia (6.50 petang waktu tempatan 22 Jun).

Saksikan pelancaran satelit MEASAT-3d di saluran YouTube Arianespace:

Proses pemisahan pertama dari roket pelancar Ariane-5 berlaku pada 6.19 pagi waktu Malaysia dan pemisahan kedua pada 6.34 pagi sebelum isyarat pertama diterima oleh bumi tujuh minit kemudian.

Pelancaran satelit MEASAT-3d mengalami kelewatan 47 minit daripada jadual asal pada 5.03 pagi waktu Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama hampir 600 jemputan menyaksikan pelancaran satelit paling canggih itu di Dewan Merdeka. Hadir sama Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa dan timbalannya Datuk Zahidi Zainal Abidin serta beberapa menteri kabinet.

Satelit kelapan yang dianggar melibatkan kos RM1.2 bilion dengan jangka hayat 18 tahun itu dijangka mampu merapatkan jurang ketersambungan digital dan membentuk masa depan ketersambungan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia, selaras inisiatif kerajaan melalui pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan