Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan, kerajaan memutuskan untuk tidak meneruskan program subsidi sementara untuk minyak masak berbotol bagi 1 kilogram (1kg), 2kg, 3 kg, 4 kg, dan 5 kg yang diperkenalkan pada Ogos tahun lepas.

Subsidi minyak masak kampit diteruskan, subsidi minyak masak berbotol dihentikan – Ismail Sabri

ByYazid Ibrahim

KUCHING, 22 Jun : Perdana Menteri memaklumkan, kerajaan memutuskan untuk tidak meneruskan program subsidi sementara untuk minyak masak berbotol bagi 1 kilogram (1kg), 2kg, 3 kg, 4 kg, dan 5 kg yang diperkenalkan pada Ogos tahun lepas.

Datuk Seri Ismail Sabri berkata, kerajaan sebaliknya akan mengekalkan subsidi minyak masak kampit sebanyak 60 000 tan metrik sebulan yang mencukupi untuk kegunaan Keluarga Malaysia.

Bercakap menerusi pengumuman khas yang disiarkan secara langsung sebentar tadi, Ismail Sabri berkata, keputusan tidak meneruskan subsidi minyak masak botol bermula 1 Julai dibuat berikutan beberapa faktor.

“Kerajaan ‘mengesan’ minyak masak berbotol yang disubsidi banyak diselewengkan oleh pihak industri, komersial dan aktiviti penyeludupan.

“Sehubungan dengan itu, mulai 1 Julai 2022 , kerajaan memutuskan untuk tidak lagi menyambung subsidi bagi minyak masak berbotol kerana objektif awal program ini adalah untuk membantu golongan terkesan pandemik,” katanya.

Turut menyertai Ismail Sabri dalam pengumuman itu ialah Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato Sri Alexander Nanta Linggi.

Katanya, kerajaan sebenarnya telah mengekalkan subsidi minyak masak yang melibatkan kos sebanyak RM4 bilion untuk tahun ini.

Malah katanya, peruntukan untuk subsidi bahan keperluan berkenaan pada tahun ini lebih tinggi berbanding RM500 juta pada 2020 dan RM2.2 bilion pada tahun lepas.

“Ketika ini jumlah minyak masak yang disubsidi oleh kerajaan ialah sebanyak 60 000 tan metrik sebulan melebihi daripada keperluan sebenar pengguna iaitu sebanyak 55 000 tan metrik sebulan.

“Subsidi yang ditanggung oleh kerajaan untuk kategori minyak masak kampit RM2.50 bagi satu kilogram (kg) sahaja, berbanding harga pasaran sebenar, RM9.00 bagi satu kg untuk kegunaan Keluarga Malaysia golongan B40. Subsidi ini telah bermula sejak Jun 2007,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan