Search
Close this search box.
Konsainan kedua 500,000 dos vaksin COVID-19 Sinopharm sumbangan kerajaan Malaysia tiba di ibu negara Loas, Vientiane, lapor Xinhua, memetik Vientiane Times pada Rabu. Foto Bernama.

Malaysia sumbang vaksin Sinopharm kepada Laos

VIENTIANE, 22 Jun : Konsainan kedua 500,000 dos vaksin COVID-19 Sinopharm sumbangan kerajaan Malaysia tiba di ibu negara Loas, Vientiane, lapor Xinhua, memetik Vientiane Times pada Rabu.

Sumbangan pertama Malaysia sebanyak 283,400 dos vaksin AstraZeneca tiba di Laos Disember lalu.

Menurut laporan akhbar harian Lao, pemberian  itu sebahagian daripada sumbangan Malaysia kepada usaha global untuk menamatkan pandemik dan menyokong matlamat Laos memberi vaksin sekurang-kurangnya 80 peratus daripada populasi dewasa menjelang akhir tahun ini.

Kumpulan vaksin terbaharu yang didermakan itu akan diberikan kepada semua peringkat umur dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan, di bawah Pelan Pengerahan dan Vaksinasi Kebangsaan.

Vaksin yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay pada Isnin diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Laos.

Pihak berkuasa kesihatan Laos sedang mempercepatkan program vaksinasi untuk menamatkan wabak COVID-19. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan