Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengguna air di beberapa kawasan di bandar raya ini dijangka akan mengalami gangguan bekalan air mulai Jumaat ini bermula pukul 10 malam sehingga pukul 6 pagi pada Sabtu.

Beberapa kawasan di Kuching dijangka alami gangguan air pada Jumaat

ByNurul Amarlina

KUCHING, 22 Jun : Penduduk di beberapa kawasan di bandar raya ini dijangka akan mengalami gangguan bekalan berjadual air pada Jumaat ini bermula pukul 10 malam sehingga pukul 6 pagi pada Sabtu.

Lembaga Air Kuching (LAK) memaklumkan, kawasan-kawasan yang terlibat ialah sepanjang Jalan Datuk Mohammad Musa, Taman Sama Indah, Outer Ring Road, Jalan Entinggan, Jalan Meranek hingga ke Kampung Sungai Mata, Jalan Landeh, Jalan Kuching-Serian, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Siburan, Jalan Puncak Borneo dan kawasan sekitarnya.

“Punca gangguan ialah berikutan kerja-kerja pengalihan dan penyambungan semula paip di lintasan Jambatan Sungai Semenggo Batu 8 yang melibatkan kerja-kerja menaik taraf jalan raya,”jelas LAK menerusi kenyataan hari ini.

Semasa tempoh berkenaan, pengguna akan mengalami tekanan air rendah dan air kotor.

Oleh itu, pengguna dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air yang mencukupi.

Sebarang pertanyaan atau aduan boleh buat di talian 082-222 333 atau SMS ke 019 886 6650. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan