Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Upacara naikkan Kiswah Kaabah disempurnakan sebagai simbolik bermulanya musim haji. Foto: Twitter @CICSaudi.

Upacara naikkan Kiswah Kaabah disempurnakan sebagai simbolik bermulanya musim haji

KUALA LUMPUR, 21 Jun: Setiap tahun, upacara menaikkan kain hitam bersulam benang emas dikenali sebagai Kiswah yang menutupi Kaabah di Kota Suci Mekah, Arab Saudi akan diadakan sebagai simbolik kepada bermulanya musim haji.

Upacara yang kebiasaannya diadakan pada atau selepas 15 Zulkaedah setiap tahun ini telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Tertinggi bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi Sheikh Dr Abdul Rahman Al-Sudais pada Ahad lalu.

 Menerusi klip video yang dikongsi jabatan berkenaan di platform Twitter pada Selasa, Sudais kelihatan turut serta dalam proses menaikkan Kiswah bersama beberapa petugas sebelum melakukan tinjauan tahap kesiapsiagaan di sekitar Masjidil Haram.

“Dengan kerjasama Kementerian Kesihatan, Kementerian Haji dan Keselamatan Awam, kami mahu mempastikan supaya khidmat kepada jemaah haji dan pengunjung dapat dilaksanakan dengan aman dan selamat,” katanya dalam klip berkenaan.

Kiswah yang kebiasaanya menutupi keseluruhan binaan Kaabah, dinaikkan ke paras 3 meter dari lantai Mataf dan bahagian binaan yang terdedah dilitupi dengan kain putih yang melambangkan Ihram, bagi mengekalkan kebersihan Kiswah, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Sudais dipetik SPA sebagai berkata pengurusan Kiswah Kaabah adalah antara agenda yang menjadi keutamaan Kerajaan Arab Saudi sepanjang zaman sejak era kepimpinan pengasasnya, Raja Abdulaziz bin Abdul Rahman.

Terdahulu pada Ahad, Sudais mengumumkan pelancaran Pelan Operasi berskala besar bagi musim haji 1443 H, yang menumpu kepada 10 langkah utama di bawah matlamat strategik Wawasan 2030 Arab Saudi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan