Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hasrat Lee Zii Jia untuk mara ke final Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia 2022 tidak kesampaian apabila ditunjukkan jalan keluar oleh pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen di Istora Senayan hari ini.Foto David Andreas.

Terbuka Indonesia : Axelsen sekat Zii Jia di separuh akhir

JAKARTA, INDONESIA 18 Jun : Hasrat Lee Zii Jia untuk mara ke final Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia 2022 tidak kesampaian apabila ditunjukkan jalan keluar oleh pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen di Istora Senayan hari ini.

Zii Jia yang bertarung selama 70 minit akur dengan kekalahan tiga set kepada pemain Denmark itu.

Perlawanan separuh akhir itu dilihat sengit sejak set pertama apabila kedua – dua pemain saling berbalas serangan namun kemenangan berpihak kepada wakil negara dengan keputusan 21-19.

Memasuki set kedua, Axelson yang menjuarai Indonesia Master 2022 pada minggu lepas dilihat mula meningkatkan permainannya malah jauh meninggalkan Zii Jia apabila menang 21-11.

Aksi kembali seimbang pada set ketiga dengan kedua -dua pemain dalam kelompok lima teratas ranking dunia itu dilihat lebih berhati – hati.

Namun Axelsen dilihat lebih tangkap apabila menutup permainan dengan keputusan 23-21.

Zii Jia berkata, walaupun dia ‘mengenali’ corak permainan Axelson, namun segalanya serba tidak menjadi pada hari ini.

“Saya tahu susah untuk menang apabila menentangnya tetapi saya tetap mencuba sedaya upaya,”katanya kepada TVS selepas perlawanan.

Nota kekecewaan turut dilakar beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang kandas di separuh akhir kepada gandingan China, Liu Yu Cheng-Ou Xuan Yi dengan keputusan 18-21 13-21. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan