Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rainforest World Music Festival (RWMF) yang dianjurkan buat  kali yang ke-25 merupakan 'jambatan' perpaduan sehingga ke peringkat antarabangsa dengan selisih budaya, perkongsian seni, kraf, muzik tradisi, makanan tradisional, pakaian etnik, dan persembahan kebudayaan.

RWMF 2022 di Sarawak jadi jambatan perpaduan antarabangsa

KUCHING, 18 Jun : Rainforest World Music Festival (RWMF) yang dianjurkan buat  kali yang ke-25 tahun ini menjadi ‘jambatan’ perpaduan sehingga ke peringkat antarabangsa.

Ini dapat dilihat menerusi selisih budaya, perkongsian seni, kraf, muzik tradisi, makanan tradisional, pakaian etnik dan persembahan kebudayaan.

Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) berkata, festival selama tiga hari sehingga esok adalah anjuran bersama Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) di Kampung Budaya Sarawak secara virtual serta fizikal.

“Antara pengisian program hari pertama sesi siang ialah Kekayaan Budaya, Hanya Untukmu, Music of Home, Refleksi, Konsert Razali Kulintangan dan Pertemuan Pemain Sape’.

“Pada sebelah malam pula melibatkan pemain industri muzik antarabangsa dari Malaysia, Amerika Syarikat, China, Filipina, Kanada, Estonia, Ukrain, Vietnam, Australia, Indonesia, India, Singapura, Korea Selatan, Jepun, Thailand, Finland, Kenya, Poland, Benin dan Madagascar,” kata JaPen menerusi kenyataan media.

Sementara itu, penggiat seni yang terlibat termasuklah Alena Murang, Jerry Kamit dan rakan-rakan, Matlew Ngau Jau dan Solomon Gau, Jurij Fedynskyj, Blue Canyon Boys, Mamak Khadem, BluGuru, Ezra Tekola, Auli, Kilema, Balawan Batuan Gamelan Fusion, Chinese 24 Drums dan banyak lagi.

Hari ini pula menyaksikan aktiviti seperti Konsert Pinanak Sentah, Bamboo Woods, Zither Magic, Learn Bollywood Dance, Ngajat Lelaki, Drum dan Bass, Boat lutes, Drum Language, Power of Women, String Things, Hot Picking, Blowing It, Bengkel Kanak-kanak, Razali Kulintangan, Sape’ oleh Persatuan Anak Seni Sape Kuching (PUSAK), Bluguru, Yoga dan Sape’, Kelas Sape’, Persembahan dan Zephyr Dance Studio serta kaedah membuat Tuak.

Majlis malam pula diserikan dengan persembahan daripada Madih, Joey Ayala, Fauziah Gambus, Issui Minegishi dan Obama Akihito, Desmond Junek, Kevin Kolodner, Shashank Subramanyam, Shamsul Sabli dan Shamsulmezah Shamsul, GOAS ft Olisen, Genticorum, Jeffrey Tan, Melisande, Dongyang Gozupa, Sebangkie Panjai dan banyak lagi.

Sebelum melabuhkan tirai, acara pada hari terakhir melibatkan Konsert Lan E Tuyang, Stories Behind the Songs, Heavy Metal, bengkel bagi waktu siang manakala malam kemuncak diserikan oleh penggiat seni seperti Genggong 8 Kumpulan Sri Melanau, Flame of the Forest, Arthur Borman, Debashish Battacharya, Rining Peter Paris, Noreumachi, Warsaw Village Band Bourban Lassi dan disudahi dengan acara penutupan.

RMWF 2022 itu turut akan dihadiri oleh Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan