Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang Dipertua PBB, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Tritahunan Ke-15 PBB di sini hari ini. Foto UKAS.

PBB bukan lagi parti kampung – Abang Johari

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 18 Jun : Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) hari ini bukan lagi parti ‘kampung’ sebaliknya mempunyai kekuatan tersendiri yang menyumbang kepada keampuhan Sarawak.

Yang Dipertuanya, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kejayaan PBB serta Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak yang lepas membuktikan parti yang ditunjangi wakil Bumiputera ini terus mendapat sokongan padu rakyat yang dahagakan pembangunan.

“PBB telah mengorak langkah ke hadapan, kita seiring dengan dunia. Saya telah berucap di peringkat antarabangsa iaitu di Rotterdam, Belanda.

“Ini bukan hendak meninggi diri tetapi dunia telah mengiktiraf kita (Sarawak),”katanya.

Abang Johari berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Tritahunan Ke-15 PBB  di sini hari ini.

Sementara itu, Abang Johari yang juga Premier Sarawak berkata, negeri ini mempunyai potensi yang sangat luas untuk menjalankan kerjasama antarabangsa dalam sektor tertentu.

“Baru-baru ini saya telah menerima kunjungan antarabangsa dari negara luar seperti Belgium, Korea Selatan dan Jerman. Mereka  melihat Sarawak mempunyai potensi yang baik,”katanya lagi.

Tambahnya lagi kewujudan kerjasama dua hala ini membolehkan Sarawak mempunyai nilai pendapatan yang tinggi .

“Apabila kita melihat potensi Sarawak yang begitu baik, saya cadangkan untuk mewujudkan dana berdaulat seperti Norway,”katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan