Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sabah FC berjaya merampas kedudukan Johor Darul Ta’zim (JDT) di tangga teratas Liga Super selepas mencatatkan kemenangan tipis 2-1 ke atas Sri Pahang FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu, malam ini.

Liga Super : Sabah FC rampas pendahulu Liga Super

KUALA LUMPUR, 18 Jun : Sabah FC berjaya merampas kedudukan Johor Darul Ta’zim (JDT) di tangga teratas Liga Super selepas mencatatkan kemenangan tipis 2-1 ke atas Sri Pahang FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu, malam ini.

Skuad Tambadau membuka jaringan seawal minit ke-10 menerusi penyerang import dari Brazil Neto Pessoa.

Sabah meningkatkan jurang lapan minit kemudian selepas pemain import dari Jepun, Taiki Kagayama tangkas mengatasi empat pemain pertahanan sebelum mengegarkan gawang, manakala Sri Pahang mengurangkan defisit menerusi penalti Manuel Hidalgo pada minit ke-60.

Skuad Tok Gajah terdahulu dihadiahkan sepakan penalti selepas tonggak pertahanan Rizal Ghazali menjatuhkan Sean Giannelli di dalam kotak penalti.

Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee berada di persada liga dengan 18 mata selepas lapan perlawanan, kelebihan dua mata berbanding juara lapan kali berturut-turut JDT yang mengumpul 16 mata selepas enam perlawanan setakat ini.

Sementara itu, Melaka United gagal menggunakan peluang beraksi di laman sendiri untuk mengatasi Negeri Sembilan apabila kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan di Stadium Hang Jebat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan