Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pemuda PBB, Miro Simuh.

Pemuda PBB pentas lahirkan pemimpin masa hadapan

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 17 Jun : Sayap Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak merupakan pentas terbaik bagi melahirkan pemimpin masa hadapan di negeri ini.

Ketua Pemuda PBB, Miro Simuh berkata, perkara itu dapat diperhatikan apabila ramai di kalangan wakil rakyat Sarawak hari ini mempunyai ‘sejarah’ berada dalam Pemuda PBB.

“Sebelum ini kita telah melahirkan seramai sembilan Yang Berhormat (YB) di kalangan Pemuda PBB.

“Ini perlu dijadikan penanda aras yang penting,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir pada Majlis Perasmian Perhimpunan Agung ke-15 Pergerakan Wanita dan Pemuda PBB di sini hari ini.

Sementara itu, Miro yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu berkata, keampuhan jentera PBB dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) perlu terus dimantapkan.

Katanya, ini bagi memastikan GPS akan mengekalkan kemenangan besar yang dicapai pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

“Kali ini kita mahu menang banyak kerusi Parlimen di Sarawak pada PRU15 dan seterusnya membawa suara rakyat ke Dewan Rakyat,”katanya.

Berhubung kedudukan beliau yang menggantikan Dato Gerald Rentap Jabu sebagai Ketua Pemuda, Miro mengakui ia merupakan satu tanggungjawab yang besar.

“Saya kini diamanahkan untuk menerajui Pemuda PBB dan melaksanakan tanggungjawab ini dengan sebaiknya demi parti kita,”katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan