Search
Close this search box.
Suspek yang dipercayai dengan kes kehilangan Dom Phillips ditahan polis Brazil.

Polis Brazil temui mayat wartawan UK yang dilaporkan hilang

ByNina Azman

ATALAIA DO NORTE, BRAZIL 16 Jun : Polis menemui mayat wartawan Britain, Dom Phillips dan pakar pribumi Brazil, Bruno Pereira selepas seorang suspek mengaku membunuh mereka di hutan hujan Amazon, lapor Reuters.

Suspek, seorang nelayan yang dipercayai bertelagah dengan Pereira mengenai usahanya memerangi penangkapan ikan secara haram di kawasan orang asli di negara itu.

Polis dibawa tapak perkuburan terpencil di mana mayat ditemui, kata detektif, Eduardo Fontes pada sidang akhbar.

Suspek utama iaitu Amarildo da Costa atau dikenali sebagai Pelado sebelum ini ditahan pada minggu lalu atas memiliki senjata.

Suspek kedua pula ialah abangnya , Oseney da Costa, 41 pula ditahan pada Selasa.

Keluarga suspek sebelum ini menafikan mereka mempunyai kaitan dengan kes kehilangan berkenaan.

Menurut seorang saksi, adik beradik Costa dilihat bertemu mangsa di Sungai Itacoai pada 5 Jun lepas.

Laporan polis itu menyebur saksi mendengar Pereira memberitahu dia telah menerima ugutan daripada Amarildo da Costa.

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson memberitahu Parlimen pada semalam bahawa beliau amat bimbang berhubung laporan kehilangan Phillips sambil memberi jaminan kerajaannya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Brazil untuk menyiasat kes itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found