Search
Close this search box.
Duta Besar Jerman Ke Malaysia, Dr Peter Blomeyer bertemu Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini. Foto Pejabat Premier Sarawak.

Jerman mahu lebih banyak syarikatnya beroperasi di Sarawak

KUCHING, 16 Jun : Jerman bercadang untuk meningkatkan jumlah syarikat dari negara itu yang beroperasi di Sarawak pada masa hadapan.

Duta Besar Jerman ke Malaysia, Dr Peter Blomeyer berkata, ketika ini jumlah syarikat Jerman yang berada di Sarawak masih terhad.

Katanya, menerusi perancangan berterusan, beliau percaya akan membantu menarik lebih ramai pelabur dari Jerman untuk masuk ke pasaran Sarawak.

“Saya melihat antara yang menjadi tumpuan dan boleh diterjemahkan sebagai peluang pelaburan (kepada syarikat Jerman) ialah bidang tenaga boleh diperbaharui.

“Kemungkinan untuk kerjasama itu sememangnya ada kerana Jerman mempunyai teknologi baharu yang kukuh untuk masa depan hijau dan sudah banyak syarikat-syarikat besar mahupun kecil yang beroperasi dalam bidang ini,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas bertemu Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Blomeyer memberitahu, Ketua Pegawai Eksekutif Siemens akan melawat Sarawak pada minggu depan untuk meninjau potensi kerjasama dalam sektor hidrogen.

“Pada masa sama, Jerman juga bersedia untuk menawarkan bantuan yang sewajarnya sebagai sumbangan kepada usaha Sarawak dalam mengkaji tumbuhan alga sebagai bahan api bio-fuel,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan