Search
Close this search box.
Seramai 12,033 individu di Terengganu direkodkan terlibat dalam penyalahgunaan dan penagihan dadah tahun lepas, menurun sebanyak 3.7 peratus berbanding 12,499 orang pada 2020.

Lebih 12,000 individu di Terengganu salah guna, menagih dadah pada 2021

KUALA TERENGGANU, 15 Jun : Seramai 12,033 individu di Terengganu direkodkan terlibat dalam penyalahgunaan dan penagihan dadah tahun lepas, menurun sebanyak 3.7 peratus berbanding 12,499 orang pada 2020.

Penolong Pengarah Pencegahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Terengganu Md Saidin Mohd Noor bagaimanapun berkata angka itu masih antara tertinggi di Malaysia ketika ini. 

“Tahun lepas, sebanyak 123,139 kes penyalahgunaan dan penagihan dadah dikesan di seluruh negara. Data ini kita ambil daripada Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) dan pusat pemulihan dadah persendirian.

“AADK akan terus memperhebat kempen dan pendidikan pencegahan bagi menangani permasalahan dadah yang membelenggu masyarakat di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Majlis Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2022 oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di sini hari ini.

Terdahulu, Ahmad Samsuri mengingatkan penjawat awam supaya tidak terlibat dengan penyalahgunaan dan penagihan dadah kerana tindakan tegas akan diambil terhadap mereka.

“Tindakan adalah mengikut prosedur yang sepatutnya kerana jika terlibat dengan dadah, ia bukan hanya memberi kesan kepada diri sendiri sahaja malah menjejaskan prestasi dan imej pentadbiran di tempat kerja,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan