Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi.

Keinklusifan sosial dan kemampanan alam sekitar jadi fokus DBKU

KUCHING, 15 Jun : Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) kini fokus mencapai keinklusifan sosial dan kemampanan alam sekitar.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata, ini bagi untuk memastikan pentadbiran DBKU selari dengan hala tuju Kerajaan Sarawak.

Katanya, dua fokus itu merupakan teras keenam dan ketujuh dalam Strategi Pembagunan Pasca Covid-19 (PCSD) 2030 yang dilancarkan kerajaan negeri.

“Dua teras berkenaan mungkin melibatkan apa yang kita lakukan setiap hari dan mungkin apa yang akan kita lakukan pada masa yang akan datang, katanya.

Beliau berkaya demikian ketika berucap pada majlis Perjumpaan Khas DBKU di sini hari ini.

Berhubung isu alam sekitar, Dr. Abdul Rahman memaklumkan, Malaysia kini patuh kepada peraturan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk memastikan kemampanan alam sekitar menjadi penanda aras bagi menentukan kemajuan negara-negara yang membangun.

Katanya, kerajaan Malaysia mensasarkan untuk menanam sebanyak 100 juta pokok menjelang 2025.

“Daripada jumlah itu, Sarawak diamanahkan untuk menanam sebanyak 35 peratus keseluruhannya,”katanya.

Tambahnya, setakat ini Sarawak telah menanam sebanyak 12.27 juta pokok di seluruh Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan