Search
Close this search box.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira 3.30 petang dan siasatan awal mendapati mangsa berusia 35 tahun itu merupakan seorang pegawai polis yang berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Lelaki didakwa rompak wanita warga emas di Cheras

KUALA LUMPUR, 14 Jun : Seorang lagi lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merompak seorang wanita warga emas dan anak perempuannya dengan bersenjatakan playar di hadapan rumah dua beranak itu di Bandar Tun Razak, Cheras, Mac lepas.

Bagaimanapun, Rahmat Hidayat Taswir, 27, yang bekerja sendiri mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Nu’aman Mahmud Zuhudi.

Rahmat Hidayat bersama dua rakannya yang telah dituduh lebih awal di mahkamah, didakwa merompak Shofiah Hamzah, 77, dan Nor Taibah Taazim, 34, pada 26 Mac lepas, mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Nilai barang kemas iaitu rantai leher dan gelang tangan milik dua beranak yang dirompak ketiga-tiga tertuduh dianggarkan bernilai RM20,000.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Abdul Khaliq Nazeri manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah membenarkan Rahmat Hidayat diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Julai ini untuk sebutan kes.

Pada 28 April lepas, dua rakan tertuduh iaitu Muhammad Iqbal Ali Bakar, 34, dan Abu Mukhzim Badarul Sham, 29, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan sama. –TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan