Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk John Sikie Tayai menghadiri Pesta Saviek di Uma Kejaman Lasah, Long Segaham, Belaga di sini hari ini.

Kenali kaum Kejaman di bawah etnik Kajang yang semakin ‘pupus’ di Sarawak

KUCHING, 11 Jun : Sarawak dikenali sebagai negeri yang mempunyai etnik paling banyak di Malaysia iaitu sebanyak 37 etnik.

Namun demikian, di kalangan puluhan etnik ini , terdapat satu kaum ‘kecil’ dikenali sebagai Kejaman yang merupakan sub etnik di bawah kaum Kajang yang semakin hari kian mengecil populasinya.

Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk John Sikie Tayai yang menghadiri Pesta Saviek di Umah Kejaman Lasah, Long Segaham, Belaga berkata, ketika ini etnik Kajang hanya terdapat di dua buah rumah panjang sahaja di Sarawak.

Pesta berkenaan turut dihadiri Ahli Parlimen Hulu Rajang,Datuk Wilson Ugak Kumbong.

Difahamkan, etnik Kejaman merupakan kaum kecil di Belaga yang bernaung di bawah masyarakat Kajang bersama beberapa suku etnik lain iaitu Punan, Sekapan, Lahanan dan Sihan.

Etnik ini membuka dua perkampungan di Hulu Sungai Rajang dengan jumlah penduduk yang semakin mengecil.

Disebabkan pecahan kepada dua perkampungan iaitu Long Litten dan Long Segaham, sejarah kewujudan etnik ini di hulu Belaga semakin sukar untuk diperincikan.

Sempena pesta berkenaan, beberapa upacara tradisi termasuk majlis merarau, ngajat ngelezyeang bavui dan upacara mejung jejang turut dilangsungkan.

Mengulas mengenai kekurangan jumlah penduduk kaum berkenaan, John Sikie berkata, ketika ini tiada penempatan di kawasan lain bagi kaum itu di Malaysia malah dipercayai tidak wujud di negara lain.

Sementara itu, berhubung pesta berkenaan, John Sikie yang juga merupakan etnik Kajang berkata, ianya mempunyai makna yang sangat besar dalam usaha menyatukan kembali masyarakat suku berkenaan.

“Kaum – kaum kecil ini perlu disatukan kerana penting untuk menonjolkan adat- adat suku kaum kami yang unik iaitu berbeza daripada yang lain,” katanya.

Ujarnya, pesta yang julung kali diadakan oleh Persatuan Kajang ini juga boleh dipamerkan kepada masyarakat di luar kawasan Belaga dan di seluruh dunia.

Untuk rekod, Pesta Saviek merupakan perayaan tradisi yang lazimnya diraikan selepas musim menuai oleh etnik Kejaman, Punan, Sekapan dan Lahanan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan