Search
Close this search box.
Atlet bina badan wanita negara berasal dari Sarawak, Philomena Dexclyn Siar.

Saya Philomena, atlet bina badan wanita Malaysia dari Sarawak

KUCHING, 10 Jun : Melihat raut wajahnya yang jelita, siapa sangka, wanita ini sebenarnya atlet bina badan negara yang sering bertanding di luar negara.

Philomena Dexclyn Siar, 38, wanita Bidayuh ini bukan calang – calang kerana dia pernah memenangi pingat perak pada Kejohanan Bina Badan Asia Tenggara 2019 di Myanmar.

Katanya, sukan berkenaan bukan ‘hak eksklusif’ kaum lelaki sahaja kerana sudah ramai wanita di seluruh dunia berjaya memecah tembok berkenaan.

“Sekarang ini, golongan wanita sudah memberanikan diri mereka untuk mengorak langkah dalam sukan ini.

“Ramai yang rajin ke gym, berusaha mengejar minat masing – masing dan menjadi lebih aktif,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai Persatuan Bina Badan Bahagian Kuching mengadakan kunjung hormat bertemu Menteri Pembangunan Wanita, Kanak – Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak,Dato Sri Fatimah Abdullah di sini hari ini.

Yang turut hadir, Presiden persatuan berkenaan, George Awi William.

Berhubung pertemuan dengan Fatimah hari ini, Philomena memberitahu, ia bertujuan untuk mendapatkan sokongan serta memaklumkan kepada kementerian mengenai objektif penglibatan golongan wanita dalam sukan bina badan.

Dalam pada itu Philomena yang juga Setiausaha persatuan itu memberitahu, dia bakal berentap pada Kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizikal Asia pada Julai ini di Maldives dan berharap dapat membawa pulang kejayaan untuk negara.

Sementara itu, George memberitahu, persatuan berkenaan akan menganjurkan Kejuaraan Bina Badan Mr Kuching 2022 di pentas terbuka di Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) pada 18 Jun ini.

Katanya, ia merupakan acara pertama yang dianjurkan mereka berikutan kekangan pandemik COVID-19 dan berharap ada pihak tertentu yang berminat untuk bekerjasama bagi memastikan kejayaan acara itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan