Search
Close this search box.
Sarawak mungkin memperkenalkan surcaj air bagi mengatasi masalah pembaziran sumber itu di negeri ini.

Sarawak mungkin kenakan surcaj atasi pembaziran air

ByAdlina Rahman

KUCHING, 10 Jun: Sarawak merancang untuk memperkenalkan surcaj bagi mengatasi masalah pembaziran air oleh pengguna di negeri ini.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi berkata, ini kerana purata penggunaan air di Sarawak kini mencecah 35,000 liter sebulan bagi kategori penggunaan domestik yang mana kadar berkenaan agak tinggi.

Katanya, pengenalan surcaj air merupakan antara pilihan yang sedang dikaji oleh kementeriannya malahan jika dilaksanakan ia bukanlah perkara baharu kerana terdapat beberapa negeri dan negara lain turut menguatkuasakan peraturan berkenaan.

“Ini merupakan langkah (jika dilaksanakan) yang bertujuan untuk menjimatkan sumber air demi masa hadapan kita,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Sambutan Majlis Raya Gawai kementeriannya di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalannya, Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi.

Mengulas lanjut, Julaihi berkata, pengenalan surcaj adalah penting untuk memupuk kesedaran di kalangan pengguna kerana sumber air merupakan aset penting untuk menampung keperluan harian.

Sementara itu beliau turut memberitahu, Kerajaan Sarawak setakat ini telah menanggung subsidi air mengikut tarif berjumlah RM305 juta bagi tempoh 2020 hingga 2021, tidak termasuk Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS).

“Ini bersamaan dengan kerajaan menanggung sebanyak 44 sen hingga 61 sen pada setiap seribu liter air.

“Ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri amat prihatin terhadap keperluan asas rakyatnya,”katanya.

Berhubung penggunaan air sehari, beliau memberitahu secara puratanya seorang penduduk bandar menggunakan 270 liter air sehari bersamaan 32 400 liter bagi seisi rumah manakala bagi kawasan luar bandar sebanyak 160 liter sehari seorang atau 19,200 liter seisi rumah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan