Search
Close this search box.
Jafry Ariffin mengadakan pertemuan bersama Sim Ann di Singapura semalam untuk membincangan kerjasama pelancongan membabitkan Sabah dan Singapura.

Sabah ‘pancing’ lebih banyak penerbangan dari Singapura ke Sandakan dan Tawau

SINGAPURA, 10 Jun : Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah sedang berusaha menarik penyertaan syarikat penerbangan Singapura untuk meluaskan penerbangannya ke Lapangan Terbang Sandakan dan Tawau.

Menterinya, Datuk Jafry Ariffin dalam satu pertemuan bersama Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pembangunan Negara) Sim Ann, semalam berkata, penerbangan terus ke dua daerah ini bakal merancakkan lagi sektor pelancongan Sabah pada masa akan datang.

Katanya, laluan penerbangan baharu itu kelak dijangka akan memudahkan pelancong luar untuk datang ke destinasi pelancongan yang menarik seperti Pulau Sipadan, Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre dan banyak lagi.

“Oleh itu kementerian akan mengemukakan cadangan kepada syarikat penerbangan untuk menambah laluan baharu ini dalam tempoh terdekat,”katanya menerusi kenyataan media selepas pertemuan dengan Sim Ann.

Turut hadir dalam perjumpaan itu adalah Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Yusrie Abdullah, Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sabah, Noredah Othman dan beberapa ahli Lembaga Pelancongan Sabah.

Jafry berkata, usaha berkenaan juga diyakini dapat membantu meningkatkan kemasukan pelancong bukan sahaja daripada Singapura malah daripada negara-negara luar yang lain berikutan Lapangan Terbang Changi merupakan hab penerbangan utama dunia.

Selain itu, kementerian menerusi Lembaga Pelancongan Sabah juga sedang giat menjalankan ‘business to business’ (B2B) dan ‘business to customer’ (B2C) dalam meningkatkan usaha promosi pelancongan bagi menarik lebih ramai pelancong antarabangsa datang ke Sabah.

Tambah Jafry dengan adanya perkhidmatan penerbangan terus, beliau yakin dengan prospek pelancongan yang besar dan permintaan yang tinggi. –TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan