Search
Close this search box.

Kanak – kanak lelaki 4 tahun terkorban kemalangan di Beluran

BELURAN, 10 Jun : Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dinaiki bersama ahli keluarganya terbabas di Kilometer 19, Jalan Telupid – Beluran, dekat sini petang tadi.

Dalam kejadian kira – kira pukul 3 petang itu, Muhammad Fahmi Hakimi yang cedera parah meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di Klinik Kesihatan Telupid.

Ibu bapa dan tiga adik beradiknya dilaporkan hanya mengalami cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintenden Kasim Muda berkata, keluarga berkenaan dalam perjalanan ke Sandakan dari Ranau dan setibanya di lokasi kejadian, SUV mereka dipercayai terbabas ketika menuruni jalan berbukit di lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika cuaca mendung selepas hujan.

“Polis telah menahan pemandu untuk membantu siasatan manakala penumpang lain yang cedera ringan menerima rawatan di klinik kesihatan,”katanya menerusi kenyataan media.

Beliau memberitahu, mayat mangsa dihantar ke Hospital Beluran untuk bedah siasat manakala kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan