Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang -Undang) Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hadir pada Program Perlindungan Saksi 2022 di sini hari ini. Foto Bernama.

Segerakan penubuhan Bahagian Perlindungan JPM di seluruh negara – Wan Junaidi

KUCHING, 9 Jun : Keperluan menubuhkan cawangan-cawangan Bahagian Perlindungan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di seluruh negara perlu dipertimbangkan segera bagi mempertingkatkan lagi keberkesanan program perlindungan saksi kerajaan.

Menteri di JPM (Parlimen dan Undang-Undang) Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Bahagian Perlindungan yang bertaraf agensi telah wujud sejak 2009 namun setakat ini hanya mempunyai satu pejabat sahaja di Putrajaya.

“Cawangan-cawangan Bahagian Perlindungan berdasarkan zon dan negeri termasuk di Sarawak wajar diwujudkan segera,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri seminar Program Perlindungan Saksi 2022 di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang JPM Datuk Abd Shukor Mahmood, Ketua Pengarah Bahagian Perlindungan JPM Khairul Anwar Zakaria dan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri.

Wan Junaidi berkata keperluan tersebut yang termasuk dari sudut tambahan tenaga kerja, logistik dan pejabat perlu diberi perhatian utama oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan (MOF) dengan mengambil kira keperluan semasa dan kepentingan program perlindungan saksi dalam sistem keadilan negara.

“Masa tak menunggu kita. JPA dan MOF jangan pandang sangat sumber kewangan tu. Keperluan negara (untuk memperluas Bahagian Perlindungan JPM) itu perlu diisikan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan