Search
Close this search box.
Balai bomba dan penyelamat Sarikei bakal mempunyai mini zoo yang dibina atas inisiatif untuk menyalurkan ilmu berkaitan pengendalian haiwan berbisa khususnya ular kepada penduduk setempat.

Bina mini zoo, kongsi maklumat berkenaan haiwan liar

KUCHING, 7 Jun : Balai bomba dan penyelamat Sarikei bakal mempunyai mini zoo yang dibina atas inisiatif jabatan itu bagi tujuan menyalurkan ilmu berkaitan pengendalian haiwan berbisa khususnya ular kepada penduduk setempat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei, Mahmudin Narudin dalam kenyataan hari ini berkata kerja-kerja pembinaannya kini sedang giat dilaksanakan secara gotong-royong dan dijangka siap tidak lama lagi.

“Apabila mini zoo berkenaan siap kelak, ia akan menempatkan beberapa spesis ular yang ditangkap daripada operasi khas yang dijalankan sebelum ini.

“Pembinaan mini zoo ini sebenarnya terhasil daripada idea semua anggota yang mana berkonsepkan pendidikan dan proses pembelajaran dan pemudahcara bagi mengendalikan haiwan liar atau berbisa.

“Selain itu ia juga bertujuan memberi manfaat kepada orang awam mengurangkan risiko bahaya dan panik orang ramai ketika berdepan dengan haiwan berbisa,” katanya.

Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei sedang giat menjalankan kerja pembinaan mini zoo.

Tambahnya antara spesis ular yang sering ditangkap ialah ular tedung selar, ular sawa dan tiung cincin emas.

Balai bomba Sarikei juga menambah baik pondok orkid bagi menceriakan lagi persekitaran balai yang merupakan sebahagian pendekatan untuk memberikan impak positif terhadap persekitaran selain menjaga kelestarian alam sekitar.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan